Thursday, December 25, 2008

1st Report Volume 2~ - Interview

24 Disember 2008 tarikh penting dalam diari nih.. for 1st time aku dibawa jumpa bakal mertua..waaahhh!!.. mana ada takut..tak gelabah pun..aku rilex jer....TIPU JERRR! wakakaka! segala macam rasa, perasaaan, air muka, suhu badan, kestabilan hormon dan macam2 ada! Berbaju kurung biru rambut diikat kemas..sangat ayu aku malam tu..ceh! Itu semua tak bermakna sbb aku malam tu dok tak diam..posing camni tak betul..posing camni tak best.. Antara petua2 bila berjumpa bakal mak mertua.. lepas makan mesti basuh pinggan sendiri untuk menunjukkan kerajinan anak dara.. Itu tak belakon tau..mmg kena basuh pinggan sendiri! Kalau ada yg tak basuh tu kira aku lupa la tu. hhehe.

So, ending so far so good. Tunggu berita seterusnya..

Tuesday, December 23, 2008

2nd Report Vol 1~ - Hantuu..

Dah lebih kurang seminggu balik dari e-Services Training di Pusat Latihan UiTM Tanjung Tualang, Perak. Baru boleh cerita pengalaman masa dok kat sana. Memula datang jer..Mau dah cerita pasal satu banglo yang tak berpenghuni...faham2 la kan..siap tunjuk lagi banglo yang mana..Apa lagi, malam tu mmg tak boleh tido. Sebilik dengan Mau tapi dia tutup lampu bila tido..malas nak kacau dia..camner nih.. terpaksa la tgk tv kat bilik Iefa.. Iefa mmg suka tido lampu ngan TV on. Sampai kul 2.30 baru masuk tido tapi terbayang2 la jugak.. 2nd night, aku rapatkan katil dengan katil Mau. hahaha! penakut!!!

Tapi yang bestnya bila otw balik..kami singgah makan kat Lata Kinjang.. rasa cam nak mandi jer kat situ.. Lata tu mmg berpotensi untuk jadi tempat perlancongan yang bagus kalo ada yang menguruskan tempat tu dengan baik terutamanya dari segi infrastruktur. First time makan burger special double ayam dan daging dan telur..perghhh! ni semua idea Ash!

Ni tengah monitor PPIK dan planning next training PID. Harap2 tempat yang lebih selesa...Zana..aku mahu di AIB! Iefa plak dah meninggalkan WG..waduh2! banyak kerja nih bila amik kerja documentation nih. Ni yang nak minta gaji naik ni..hehehehe!

Sunday, December 14, 2008

1st Report - Vol 1~

Hallo..thanks coz sudi nak tgk2 blog ni. Rasanya sebelum ni pernah create blog tapi ntah apa jadi dengan blog tu pun aku tak tau. Hope yang ini kekal aktif.. Ni pun Mau yang paksa soh create..jahat Mau tu..lepas dia paksa pastu dia syok tido..:p

So, skang aku ada kat Pusat Latihan UiTM Tanjung Tualang, Kampung Gajah, Perak. Urus Setia untuk Latihan Pembangunan Pusat Internet Desa (PID) 2.0. Training ni sampai Selasa dan fokus kepada e-Services training macam e-Kedai dan e-Pembelajaran. Sebelum ni PID dah pernah jalani 3 training capacity building untuk Penyelia dan Penolong Penyelia PID. Memang best dan banyak pengalaman dan ilmu yang diperolehi walaupun sekadar jadi urus setia dan buddies. Pasal 3 CB tu nanti story2 lagi. Cukup untuk 1st entry nih.. Skang nak tido dulu..jeles tgk Mau tido.